Asal-usul Nama Jementah

Terdapat dua versi bagaimana Jementah mendapat namanya. Versi pertama, dikatakan sewaktu tempat ini mula-mula dibuka, sesetengah penduduk kampung pada ketika itu mengadu "Jemu, jemu, jemu! Asyik-asyik menebang pokok saja!" yang lain pula menyahut "Entah, entah, entah!" . Penduduk setempat percaya dalam perkataan Melayu, iaitu Jemu dan Entah digabungkan menjadi Jementah.

Versi kedua pula, penduduk pada ketika itu jemu mencabut lintah yang menghisap darah sewaktu mereka sedang bekerja. Akibat daripada itu, perkataan Jemu dan Lintah dicantumkan menjadi Jementah.

Taman Perumahan

  • Kampung Kubu Dedap
  • Kampung Baru Jementah
  • Taman Cempaka
  • Taman Ria
  • Taman Jaya
  • Taman Molek
  • Taman Sri Ganang
  • Taman Intan

Pekan Berdekatan